Dangdut!
Oleh Dior
Evolusi Dunia Dangdut telah bermula pada tahun 1995 setelah Ramlah Ram mengambil langkah berani dengan menetengahkan album dangdut sepenuhnya,dan menjadi muzik lonjakan kegilaan pendengar pada masa itu.Permintaan tinggi terhadap lagu bergenre Dangdut juga telah mencanakkan pertumbuhan artis-artis dangdut baru seperti Amelina,Iwan,Mas Idayu,Sheeda,Leina Hangat,Ifa Radziah,Salih Yaakob,Hayati Tasrip,Syikin,Haiza,Salwa,Linda,Ashraff dan artis berkumpulan seperti Mascara dan Eva dan ramai lagi sebenarnya.Adakah mungkin artis-artis ini muncul disebabkan strategi pemasaran pada masa itu? Atau sememangnya menjadi kegilaan setiap golongan masyarakat yang dahagakan lagu-lagu hit yang segar ?
Muzik Dangdut Malaysia Dan Indonesia nyata berbeza pada masa itu,hingga sekarang.Dari segi arrangement dan penggunaan ayat ,Malaysia jauh lebih ‘Clean’ dari lagu Dangdut Indonesia.Tidak dinafikan muzik Dangdut datangnya dari Indonesia,tetapi setelah dibawa ke Malaysia muziknya juga diolah dengan cara Malaysia. Pada masa kemuncak, untuk memberi sedikit kelainan,Alisha dari India yang hit dengan lagu Made In India juga dipasarkan ke Malaysia.
Ramlah Ram-Selamat Jalan Romeo(the earliest dangdut in Malaysia)
Evolusi Dunia Dangdut juga telah mengalami kemerosotan pada tahun 1998 apabila Malaysia dikejutkan dengan ‘kehilangan’ ratu dangdut Malaysia,iaitu Amelina.Dengan itu,kurangnya pencabar dan semakin kuranglah penyanyi yang menghasilkan album dangdut pada masa itu.Hanya beberapa artis,termasuk Mas Idayu sahaja yang dilihat mencabangkan penghasilan album dangdutnya itu. Iwan juga telah memainkan peranan besar dalam Industri dangdut di Malaysia dengan menghasilkan album kolabrasi dangdut dengan artis-artis dalam dan luar negara seperti Indonesia dan India.Hingga sekarang,Iwan masih dilihat memperjuangkan muziknya itu.Manakala Ashraff pula telah berhijrah ke Indonesia setelah muzik ini dilihat kurang mendapat sambutan apabila muzik yang lebih segar menerjah halwa telinga pendegar di Malaysia.
Mascara-DETAK DETIK CINTA (Group)
Tidak dinafikan,setiap kali persembahan terbuka diadakan,penyanyi yang membawakan lagu dangdut sering mendapat sambutan hangat kerana muzik dan persembahan ‘automatik ‘nya iaitu Gelek dianggap meriah. Sehinggakan kebanyakan penyanyi di Malaysia hari ini, menyimpan sekurang-kurangnya satu lagu dangdut untuk mencuit hati penonton.
Amelina - Rindu (most controversial)
Dangdut sememangnya merupakan lagu teras di Indonesia,sehinggakan mempunyai lebih dari 150 buah stesen radio yg memutarkan lagu dangdut sepenuhnya.Tetapi nasib lagu-lagu dangdut di Malaysia ternyata sedih sekali. Kebanyakan radio swasta tempatan mengatakan TIDAK pada muzik bergenre ini,kecuali THR dan Wanita fm yang mempunyai slot dangdutnya sendiri. Radio RTM nyata tidak menghadkan genre muzik yang diputar di radio mereka.Adakah alasan menggunakan ‘tabla’ pada arrangement lagu dangdut yang nyata digunakan juga oleh pemuzik Bollywood seperti kata Radio Era?atau lagu Dangdut yang dihasilkan tidak berkualiti? Walau bagaimana hebat tentangannya,lagu Dangdut tetap berkumandang dicorong-corong radio tempatan dan masih mendapat sambutan dari pendengar mereka.
YANG TERSAYANG- amelina& iwan (Most Popular)
Bagaimana pula situasi Kelab Dangdut? nyata,masih hebat memutarkan lagu-lagu mereka setiap malam without fail. Mungkin di Malaysia , penggemar kelab dangdut kebanyakan bergolongan’senja’,tetapi berlainan pula di Singapura.Semua golongan termasuk muda-mudi menjadi penggemar Kelab Dangdut.
Sekalung tahniah dan penghormatan keatas Produser-produser TV di RTM ,terutamanya En.Muhaji kerana mengadakan konsert Malam Dangdut bagi memartabat dan menghidupkan lagi Muzik Dangdut tanahair baru-baru ini.Ternyata Dewan Angkasapuri fullhouse pada malam itu,sehingga ada yang berdiri dan duduk dicelah-celah tangga kerana tempat yang penuh dan sesak. Usaha beliau memperlihatkan betapa rakyat Malaysia masih mencintai dan menyanjung lagu-lagu dangdut.
Dior 디요- Sampai Ke Lantai (Latest)
Apa yang dilihat disini,Malaysia memerlukan pencetus , aktivis dan idea segar bagi mengembalikan ‘zaman kegemilangan’ mereka.Mungkin dari segi kelainan persembahan atau lagu itu sendiri atau mengadakan badan penggerak dangdut dimalaysia ,atau apa jua.Yang pasti,masih terdapat lagi tempat untuk artis dangdut di Malaysia ini.Mereka patut bersatu dan bergerak dari sekarang.
Dangdut masih tidak nampak penghujungnya. Penghasilan Album Dangdut masih diteruskan di Malaysia,kebanyakannya dari hasil Iwan.Tidak kurang juga album Kompilasi dan Karaoke yang masih hangat dipasaran.Masih kelihatan aktivis dan artis dangdut di merata tempat dan persembahan,dan penganjur persembahan masih memerlukan mereka untuk menyemarakkan lagi show mereka!
good write up dior...
ReplyDeletehehehehe...TQ!
ReplyDelete