Wednesday, January 26, 2011

Artis Bantu Bina Rumah Baru Mangsa Lecur! by Murai.com.my

Nora Dan Jejai Tak Mungkin Bersatu Semula

Teks oleh Razif Rosdi
Foto oleh Mazlan Yunos Photography

TANJUNG KARANG, 26 JAN 2011: Siapa kata golongan artis hanya menjalankan aktiviti amal pada bulan Ramadan saja? Buktinya, seramai 8 orang selebriti iaitu Kumpulan Sofazr, Fida Ibrahim, Isma, Zul 2by2, Zehra Zamberi, Dafi, Sabhi Saddi dan Deor sanggup turun padang membina rumah baru untuk mangsa lecur kejutan elektrik, Mohd Hairuman Miskun yang mendapat perhatian ramai, pagi semalam.
Malah, program gotong-royong bersama artis yang dianjurkan Majlis Belia Daerah Kuala Selangor bersama Jawatankuasa Khidmat Masyarakat dan Rakan Muda, Majlis Belia Malaysia dengan kerjasama portal murai.com.my mencipta sejarah baru dengan mendapat perhatian baik daripada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Dato' Seri Noh Omar dan YB Dato' Samsudin Lias (Adun Sg Burong) yang turut sama menyertai aktiviti amal ini.

"Program ini bagus dan patut diteruskan kerana ia banyak memberikan kesan baru terhadap masyarakat. Dengan penglibatan artis, ia sedikit sebanyak menggalakkan lagi orang ramai untuk menyertai aktiviti gotong-royong yang semakin hilang dalam masyarakat kita. Ia turut membuktikan artis bukan saja boleh menghiburkan masyarakat tetapi turut berbakti dengan aktiviti kebajikan dan kemasyarakat seperti ini. Saya berterima kasih kepada artis dengan pertolongan ini, " kata Noh Omar yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang.
Rombongan artis yang turut disertai rakan media dari murai.com.my, Astro Awani, Utusan Malaysia dan Sinar Harian turut mendapat sambutan gamat apabila orang kampung Sungai Tengi Kanan, Tanjong Karang juga bersama-sama menyertai aktiviti amal ini yang dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu membersihkan kawasan luar dan dalam rumah, memasang bumbung, memotong rumput dan banyak lagi.
"Ini kali pertama Fida menyertai program sebegini. Ia patut diteruskan dan sewajarnya semoga golongan tidak kiralah artis atau pun bukan patut memainkan peranan penting dalam berbakti kepada masyarakat. Insya-Allah, jika ada aktiviti seperti ini lagi, Fida akan menyertainya," kata Fida yang menjadi artis pertama sampai ke lokasi.
Menyokong pendapat Fida, Isma bersama suaminya Zul menyeru agar golongan artis lebih cenderungkan diri dengan melibatakan diri dengan aktiviti ini.
"Kami sudah banyak kali menyertai aktiviti seperti ini. Sedikit sebanyak, walaupun kami tidak menghulurkan bantuan kewangan, keringat yang kami berikan ini dapat membantu adik Hairuman dan keluarga. Kami berharap adik Hairuman tabah kehidupannya kelak, " ujar Isma.
Selain bertungkus-lumus bergotong-royong membersihkan kawasan rumah, Dafi turut memberikan sumbangan cek kepada keluarga mangsa. Selain itu, penyanyi Ning Baizura juga ada menghulurkan sedikit bantuan kewangan.

Difahamkan, adik Hairuman sudah pun menjalani pembedahan membuang tangan dan kakinya. Ketika ini, Hairuman masih menjalani rawatan di Hospital Ampuan Rahimah Kelang. Keluarga Hairuman sangat daif dan dia mempunyai dua orang kakak dibawah tanggungannya yang mana seorang bisu dan pekak dan seorang lagi lembam. Di rumahnya hanya mempunyai perkakas ruamh yang sudah uzur.
Bagi sesiapa yang mahu menghulurkan bantuan kepada keluarga ini, anda bolehlah memberikan sumbangan kepada akuan CIMB Muhamad Hairuman Miskon menerusi no akaun 12570005386520.