Sejak putus chenta ni, lama tak bercerita soal chenta dalam blog hodoh ni. Well, setiap manusia normal pasti mempunyai sekelumit cinta dan harapan di dalam hati mereka. Khai pernah kenal ramai orang yang dengan sedap mulut kata diorang taknak kahwin sampai tua. Bagi diorang couple atau ada pasangan ni membuang masa. Diorang lebih rasa macho hidup seorang diri. Inilah contoh manusia yang memutuskan keturunan nabi Allah, Adam AS. Takde beza dengan Gay dan Lesbian. Kita ada pun kerana cinta.
Khai terima email dari gadis bernama Zafirah berceritakan mengenai kisah cinta seorang pelajar Malaysia di Korea bernama SOPHIA SURAYA BT RIDZA ABDUH. Kisah cintanya gadis bertuah ni pasti akan buat korang tersenyum atau mungkin cemburu gile bagi korang yang perempuan. Boleh dikatakan, kisah cinta seperti Sophia hanya satu dalam sejuta, atau mungkin inilah satu buat selama-lamanya. Bertuahnya gadis melayu ni ya?
Sophia Ridza di Malaysia hanya gadis biasa tetapi bukan di Korea. Di sana, Sophia adalah gadis yang gadis yang sebaris dengan selebriti. Sophia Ridza adalah rakyat Malaysia yang telah berada di korea lebih 5 tahun untuk meneruskan pelajarannya dalam bidang Engineering. Entah bagaimana, Sophia boleh terjebak menjadi seorang panel dalam sebuah rancangan tv di korea bertajuk Chit Chat of Beautiful Ladies. Sebuah rancangan yang mengumpulkan gadis-gadis cantik dari seluruh pelusuk dunia termasuk Malaysia berceritakan tentang pengalaman mereka dengan kebudayaan yang ada di Korea tetapi yang lebih dibincangkan, adalah mengenai lelaki di Korea. Ianya ada ditayangkan di KBS World, CH 303 Astro setiap Khamis jam 6:10 Petang.
Selepas dua tahun Sophia bersama rancangan tersebut, tanpa diduga, pada suatu hari rancangan tersebut di datangi seorang jejaka ‘gentleman’ Korea bernama Jang Dong Ock yang melamar Sophia secara LIVE. Diulangi, secara LIVE yang membuatkan Sophia tersipu-sipu kebingungan. Siapa pembaca Justkhai yang berani buat muka tebal macam tu sila angkat tangan? Hehehe.
Dong Ock sebenarnya dahjatuh cinta pada si Sophia ni sejak pertama kali Sophia terlibat dalam rancangan tersebut. Kira cinta pandang pertama tanpa diketahui Sophia. Samalah macam cinta pandang pertama korang kat Lisa Surihani cuma yang bezanya, korang takkan berani ngadap muka Lisa tu untuk propose dia. Hehehe. Melihat gelagat lelaki se’gentle’ Dong Ock melamar Sophia dengan teramatlah berani, membuatkan sesiapa sahaja lelaki di dunia ini pasti tercabar.
Dengarnya, Sophia kini sudah pun pulang ke Malaysia tetapi hubungan antara mereka berdua still on. Harapanya agak berkekalan la. No wonder kerana cinta kepada Sophia, perlahan-lahan akan mengeluarkan rasa cinta jejaka Korea tersebut kepada Allah dan mengubahnya menjadi seorang Muslim sejati.
Dipetik Dari .... http://mutiarabiru.wordpress.com/2009/04/